Terma & Syarat

1. Peraduan ini berlangsung dari 1 Julai 2014 hingga 31 Ogos 2014.

2. Peraduan ini terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas pada 1 Julai 2014, tertakluk kepada syarat (3) dan (4) dibawah.

3. Reckitt Benckiser berhak sepenuhnya untuk menentukan kelayakan seseorang individu yang berminat untuk menyertai peraduan ini. Ketetapan ini adalah muktamad dan pihak Reckitt Benckiser tidak diwajibkan untuk memberi sebarang alasan berkaitan ketidaklayakan seseorang individu dari menyertai peraduan ini.

4. Individu-individu berikut adalah tidak layak untuk menyertai peraduan ini: pengarah syarikat, para pekerja dan ahli keluarga terdekat kepada Reckitt Benckiser. Ahli keluarga terdekat merujuk suami/isteri, anak-anak, ibu bapa, ibu bapa mertua dan adik-beradik.

5. Tertakluk kepada syarat-syarat (4) dan (6), para pelanggan yang membuat pembelian minima barangan Vanish bernilai RM 15 dalam satu resit tunggal mulai dari 1 Julai 2014 hingga 31 Ogos 2014 adalah layak untuk menyertai peraduan ini.

6. Setiap borang peraduan yang lengkap diisi dan dihantar mesti mengandungi (i) jawapan betul yang ditanda untuk soalan dan tandatangan Vanish yang paling kreatif (ii) dilampirkan satu resit asal sebagai bukti pembelanjaan minima RM 15 ke atas sebarang product Vanish; dan (iii) dihantar melalui pos (setem berbayar) oleh pelanggan ke alamat Reckitt Benckiser yang ditetapkan seperti yang tertera pada borang peraduan dan (iv) diterima oleh pihak Reckitt Benckiser selewat-lewatnya pada 5 September 2014. Reckitt Benckiser berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang tidak memenuhi kriteria di atas.

7. Penghakiman adalah berdasarkan pada jawapan betul dan tandatangan Vanish yang paling kreatif.

8. Para peserta boleh menghantar sebanyak mungkin penyertaan seandainya setiap penyertaan memenuhi kriteria yang ditetapkan Syarat dan Peraturan.

9. Tidak tertakluk kepada syarat (8) diatas, setiap pelanggan hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

10. Semua hadiah yang ditunjukkan hanya untuk illustrasi dan Reckitt Benckiser boleh pada bila-bila masa mengikut budibicaranya, menggantikan sebarang hadiah dengan sebarang produk.

11. Para pemenang ambil maklum bahawa mesin basuh yang bakal dimenangi adalah dalam keadaan sepertinya pada hari tersebut dan Reckitt Benckiser serta agensi terlibat tidak bertanggungjawab di atas penghantaran dan pemasangan ke destinasi yang dikehendaki serta kos yang terlibat.

12. Dengan menyertai peraduan ini, semua peserta dianggap teleh menerima Syarat dan Peraturan peraduan.

13. Sebarang pertanyaan berkenaan mesin basuh boleh diajukan terus kepada LG Electronics (M) Shn Bhd di talian khidmat pelanggannya di 1800-822-822.

14. Semua pemenang akan dihubungi melalui telefon. Pihak Reckitt Benckiser berhak menggantikan dengan pemenang simpanan sekiranya seseorang pemenang tidak dapat dihubungi dalam masa satu (1) minggu dari tarikh peraduan. Penetapan para pemenang oleh pihak Reckitt Benckiser adalah muktamad. Tiada sebarang surat-menyurat yang akan dilayan.

15. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta adalah diandaikan telah (i) memberi kebenaran kepada pihak Reckitt Benckiser dan penganjur untuk menggunakan sebarang maklumat pelanggan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti di masa hadapan, kecuali dimaklumkan sebaliknya secara bertulis kepada pihak Reckitt Benckiser; dan (ii) telah membaca dan memahami syarat-syarat ini dan bersetuju untuk tertakluk kepadanya serta sebarang bahan promosi berkaitan dan juga semua penambahan, pembetulan dan pengubahsuaian yang dibuat dari masa ke semasa.