Terma & Syarat

PENTING:

Simpan pelekat dan resit asal sebagai bukti pembelian untuk menebus hadiah.

KOD PERADUAN

* Tertakluk kepada terma dan syarat
* Peserta akan dicaj 50 sen untuk setiap SMS yang dihantar.
* Untuk maklumat lanjut, layarilah www.vanish.com.my 

SYARAT & PERATURAN 

TEMPOH  Peraduan Vanish Gold Scoop akan berlangsung mulai 1 Mac hingga 30 April 2014 ("Tempoh Peraduan"). Reckitt Benckiser (Malaysia) Sdn Bhd ("Penganjur") berhak memendek atau melanjutkan tempoh peraduan.

KELAYAKAN  1. Peraduan ini dibuka kepada semua pelanggan perkhidmatan prabayar dan pascabayar Celcom, Digi dan/atau Maxis yang juga merupakan warga Malaysia, berusia 18 tahun dan ke atas (pada 1 Mac 2014) kecuali kakitangan Reckitt Benckiser Sdn Bhd (dan keluarga terdekat mereka), anggota-anggota gabungan dan/atau syarikat-syarikat berkait, pengedar-pengedar, peruncit-peruncit dan agensi-agensi pengiklanan dan promosinya.

CARA PENYERTAAN  1. Beli sebarang pek Vanish dengan pelekat dan simpan pelekat (serta Kod Peraduan) dan resit asal sebagai bukti pembelian. 2. Hantarkan SMS seperti berikut: a. Taip (Vanish)<Jarak>>(Nama)<Jarak>(No. KP)<Jarak>(Jawapan)<Jarak>(Kod Peraduan) dan SMS ke 39993. Contoh: VANISH Lydia Tan 751010012345 Benar ABC12345. 3. Peserta boleh menghantar sebanyak penyertaan yang mungkin melalui SMS. a. Setiap Kod Peraduan hanya sah untuk satu penyertaan sahaja. b. Peserta akan dicaj 50 sen untuk setiap SMS yang dihantar. Caj-caj adalah caj tambahan atas kadar biasa SMS yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telefon bimbit peserta. c. Peserta dibenarkan menyertai peraduan ini melalui penggunaan telefon bimbit sahaja.

HADIAH  1. Penyertaan ke-1000 yang diterima dalam tempoh peraduan akan memenangi Hadiah Utama, iaitu syiling-syiling emas yang bernilai RM10,000. Setiap penyertaan yang ke-99 yang diterima dalam tempoh peraduan akan memenangi syiling-syiling emas bernilai RM1,000. Setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. 2. Hadiah-hadiah mesti dituntut oleh peserta dengan perbelanjaan ditanggung sendiri sebelum 31 Julai 2014. Semua hadiah yang tidak dituntut selepas 31 Julai 2014 akan ditarik balik oleh Penganjur. 3. Pemenang-pemenang yang sah mesti mengemukakan pelekat asal (serta Kod Peraduan) dan resit asal sebagai bukti pembelian. Pelekat yang dikemukakan tertakluk kepada pengesahan. Sebarang pelekat yang sukar dibaca, rosak atau diubah akan dianggap tidak sah. 4. Penganjur berhak menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah lain yang setara nilainya tanpa notis terdahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dikembalikan dan ditukar untuk wang tunai.

HAK PENGANJUR  1. Penerimaan hadiah adalah bersamaan dengan kebenaran untuk Penganjur dan agensi-agensinya menggunakan nama dan/atau gambar pemenang-pemenang bagi tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau dagangan tanpa sebarang pampasan atau notis. 2. Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam peraduan SMS ini tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam apa cara pun atas sebarang kelewatan, kegagalan dan/atau gangguan penghantaran SMS dan syarikat-syarikat ini tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang penggunaan tanpa kebenaran telefon bimbit atau akaun pelanggan sempena peraduan ini. 

SYARAT PENYERTAAN  1. Dengan menyertai peraduan ini, peserta-peserta bersetuju untuk mematuhi Syarat dan Terma rasmi serta keputusan Penganjur. 2. Keputusan pengadil-pengadil adalah muktamad. Surat-menyurat tidak akan dilayani. 3. Penganjur berhak  meminda Terma dan Syarat tanpa notis terdahulu. 4. Tertakluk kepada terma dan syarat. 5. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.vanish.com.my